![]() |
Cheesekut |
Bahan-bahan untuk membuat cheesekut ialah:
1. Cream cheese 250 gram (brand Tatura)
2. 3/4 tin susu pekat size kecil
3. Biskut cream cracker (Luxury Original-warna biru)
4. Susu kotak kecil 250 mL (susu HL)
5. Nestum
Cara-cara untuk membuat cheesekut:
1. Masukkan cream cheese, susu pekat dan 2 sudu susu HL dan gaulkan hingga sebati. Kemudian, pukul sampang kembang (jadi cream). Guna mixer untuk cepat dan senang.
2. Sediakan bekas acuan.
3. Celup biskut ke dalam susu HL dan susun ke dalam bekas acuan. Patahkan biskut dan isi sampai penuh untuk menutup lubang lubang kecil (jika ada).
4. Sapukan cream cheese ke atas biskut yang disusun. Taburkan nestum ke atas lapisan cream cheese. Ulang lapisan mengikut aturannya iaitu biskut, cream cheese dan nestum.
6. Simpan dalam peti semalaman.